Gol Ismailah Sarr berjaya memecah kubu Liverpool sehingga magis Virgik gagal selamatkan liverpool daripada kalah 3-0 dalam aksi EPL malam tadi.

LONDON – Watford awal pagi tadi telah mengajar Liverpool mengenai bola sepak selepas keangkuhan kelab itu yang mahu cipta rekod tanpa kalah dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Impian the Kops kendalian Jurgen Klopp serta pemainnya dihancurkan Watford apabila dibelasah 3-0 dalam aksi terkini.

Ia sekaligus menamatkan hasrat Liverpool iuntuk meleburkan rekod tanpa kalah atau invicible yang dipegang oleh Arsenal selama ini.

Kekalahan semalam adalah yang pertama untuk Liverpool musim ini di Vicarage Road semalam.

Jika minggu lalu Liverpool ketinggalan di belakang menentang West Ham tetapi berjaya bangkit menang perlawanan itu.

Bagaimanapun pasukan itu beraksi dengan keangkuhan sama menentang Watford namun skuad tuan rumah berjaya menyekat segala peluang dan ruang untuk juara Eropah itu bangkit semula sekaligus dimalukan 3-0.

Walaupun pasukan itu beraksi dengan pandang remeh terhadap tuan rumah kerana memiliki dua pemain kebal iaitu Virgil van Dijk dan Dejan Lovren yang diangkat antara terbaik dunia, namun kedua dua pemain itu telah mudah terpedaya kepada aksi licik Troy Deeney.

Gol ketiga Deeney menjadi pemusnah rekod tanpa kalah Liverpool dalam aksi EPL awal pagi ini.

Magis Virgil di bek pertahanan tidak dapat berbuat apa apa terhadap kelincahan aksi Deeney.

Ini bukan keputusan yang akan memberi kesan kepada usaha mereka menjulang piala EPL julung kali selepas 30 musim.

Namun ia disifatkan sebagai keputusan yang tidak dijangka yang lebih manis untuk Watford yang kini berusaha untuk kekal dalam EPL musim depan.

Tiga gol emas itu dijaringkan Ismaila Sarr (54, 60) dan Troy Deeney pada minit ke-72.

Ia juga dijangka akan meruntuhkan semangat dan moral pemain pasukan itu untuk berdepan aksi-aksi akan datang.

Klopp menyatakan rasa terkejut dan tidak menjangkakan kekalahan tersebut apabila pasukannya memandang enteng terhadap Watford di atas padang. -MalaysiaGazette