Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR – Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah telah memanggil semula Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi penjelasan berhubung alasan permohonan penangguhan perbicaraan yang dikemukakan oleh pihaknya.

Pagi tadi, hakim telah memberi penangguhan kepada Presiden UMNO itu yang memohon penangguhan kes kerana ada mesyuarat berkaitan pembentukan Kabinet.

BACA: Kes Zahid tangguh kerana mesyuarat bentuk Kabinet baharu

Bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri telah menafikan perjumpaan berkenaan.

Berikutan kenyataan tersebut, hakim membuat keputusan untuk memanggil Ahmad Zahid jam 4.30 petang hari ini.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tiada mesyuarat atau perjumpaan dengan pemimpin politik hari ini – PMO

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Nak buat macammana.
    Kita balik ke zaman umno balik.
    Siapa yg nak disalahkan.

    Sumpahlah pengkhianat muhyidin cs & Azmin ali cs.

  2. Daulat Tuanku.
    Sembah patik mohon berbicara pada tuanku.

    Dari seorang rakyat biasa mewakili 7 juta rakyat Malaysia yg telah dinafikan hak nya pada masa ini.

    Dimana undi kami keatas kemenangan majoriti keatas ph telah dinafikan dengan melantik@membentuk kerajaan dari kumpulan politik yg kalah dalam pru lepas.

    Ampun tuanku.
    Patik mengharapkan sudilah kiranya Tuanku menasihatkan YAB TS Muhyidin Yasin utk mengadakan sesi sidang parlimen pada kadar segera & memberikan peluang wakil-wakil kami yg telah kami undi@pilih pada pru ke 14 memilih jawatan PM Malaysia.

    Agar kami tahu sama ada mereka yang telah kami undi ini dgn pengorbanan wang ringgit, masa & kepanasan beratur panjang ketika mengundi dapat dihargai & menjalankan amanah yg kami beri atas nama Lailahaillallah, Muhammad Rasullullah dapat mereka tepati.

    Utk kami dapat menilai kembali kejujuran mereka dihadapan Allah sama ada didunia ini mahupun di akhirat kelak.

    Ampun Tuan ku.
    Sembah patik mohon diampun.

    Pengundi yg terkhianati.
    Sungai buloh, Selangor.

Comments are closed.