Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR- “Saya terpaksa meletak jawatan kerana sudah hilang sokongan. Saya tiada pilihan,” kata bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada sekutu-sekutunya dalam Pakatan Harapan.

Dalam satu rakaman video berdurasi 1.30 minit, Pengerusi Bersatu itu meminta maaf kerana strategi beliau telah menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang hanya selepas berkuasa selama 21 bulan sahaja.

“Saya ingat selepas saya meletakkan jawatan, saya boleh bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong dan kita semua boleh menyakinkan Baginda dan memaklumkan kepadanya, saya masih mempunyai sokongan.

“Saya sekali lagi meminta maaf,” katanya.

Video tersebut dipercayai dirakam semalam dalam satu pertemuan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan di Yayasan Al-Bukhary yang mana pada masa yang sama, Tan Sri Muhyiddn Yassin mengangkat sumpah di Istana Negara sebagai Perdana Menteri Kelapan.

Turut kelihatan di dalam video yang dkongsi di laman Twitter tersebut adalah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr. Mahathir juga mendedahkan pengkhianatan yang didakwanya telah dilakukan oleh Muhyiddin.

Pengkhianatan tersebut katanya, menyebabkan Muhyiddin berjaya dipilih sebagai Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Saya tidak bersetuju (untuk bekerjasama dengan UMNO), andalah kena bertanding.

“(Tetapi) tidak lama selepas menzahirkan kesetiaan beliau kepada saya (beliau kemudiannya khianat).

“Beliau sebenarnya menyatakan kesetiaan kepada diri sendiri (Muhyiddin bertindak bekerjasama dengan UMNO dan mencalonkan diri sebagai Perdana Menteri).

“Beliau sanggup bekerjasama dengan pencuri, penyangak, penyamun malah pembunuh.

“Inilah karakter sebenar beliau,” katanya lagi.

Ahli Parlimen Langkawi itu juga meminta maaf kerana tidak menyedari lebih awal pengkhianatan Muhyiddin.

Jelasnya, beliau telah mengesyaki sesuatu tetapi tidak boleh bertindak kerana tidak mempunyai bukti yang cukup ketika itu.

“Saya minta maaf. Beliau adalah timbalan saya, orang kanan saya.

“Saya selalu curiga tetapi anda tidak boleh bertindak berdasarkan kecurigaan sahaja. Jika ada bukti kukuh, anda boleh bertindak,” ujarnya lagi.

Video yang dimuat naik di Twitter oleh akaun bernama Rashid Yusoff itu diakui tulen oleh beberapa ahli Parlimen. – MalaysiaGazette

23 Komen

  1. Apala Mahathir ni ….. semua timbalan dia pencuri pengkhianat …. yg tak baik semua org lain. Dia sorang je yg baik. Renung2kan lah your own character …. you are their teacher. Spt mana you khianat kpd org lain dan menipu, so rasakan what it feels to be betrayed. Learn from your own mistakes. …. change to be a better muslim … read the alquran.

  2. Syabas YAB Tun, YABT dpt menerima realiti bahawa kini TABT bkn lg Perdana Menteri. Sy doakan agar YABT sentiasa dlm lindungan rahmat Allah, segala jasa & sumbangan YABT kpd negara mendapat keredhaan Illahi. Syabas & setinggi terima kasih.

  3. Siapa yang bunuh tu? Bukan ke sudah sumpah LAKNAT kalau fitnah tu betul beliau dilaknati tapi sebaliknya para PEMFITNAH pula akan dilaknati!

    Jangan main2!

  4. Atok nak rampas kuasa Atok supaya Atok lebih berkuasa tetapi digagalkan sendiri oleh Atok!

    Aduh… letih, la’ih hari2 mau demontrasi depan Sogo!

  5. Orang tua meroyan..dah laa Atok banyakkan istigfar..hang ni dah banyak susahkan rakyat..

  6. Dah la tu atok madey… Ko suruh la Hasmah, Marina dgn anak-anak cucu cicit ko pakai tudung sebelum ko r.i.p ok…

  7. Org ph je bole ttipu .. Yg cerdik semua dh ‘khianati’ atuk. Syabas atuk! Otak masih segar mcm umoq 40-an

  8. Adakah dalam hati ada berkata2….kesiaan kat hangpa ph hoooii..dah kena tipu dengan aku,x dak pasailaaa aku nak bagi dengan mudah laluan pd Anwar senang2 nak jadi Pm…la ni pun aku x kisah dah aku pun dah tua dengan baki usia yg ada ni aku nak pencen dengan senang hati nak beribadat dan main dengan anak cucu aku…yg penting aku x susah hati daaaah sebab hang Anwar x dpt jadi Pm…puaaaiih hati haaaaiiihh…..apapun Tun mahathir seorang negarawan yg sememangnya hebat…itu fakta.

  9. Read between the lines.
    It all boils into 2 major reasons
    1. Almost all his MPs fails to deliver within time
    2. DAP had been so demanding and trying to overshadow other bumis MP. eventhough they claim they know everthing, yet they are not doing anything that could garner support from the rakyat

  10. Tun buat Malay Dilemma, Tun kena pecat dr UMNO zaman Tunku. Tun ejas2 samlai Tunku letak jawatan.
    Tun masuk balik zaman Tun Razak. Tun ejas2, dapat jadi menteri.
    Tun jd TPM kpd Tun Hussein, Tun ejas2 sampailah Tun Hussein terpaksa bersara.
    Tun naik jadi PM. Tun ejas2 sampailah Musa Hitam terpaksa bersara.
    Tun lantik Ghaffar Baba, Tun ejas2 Ghaffar Baba turun, Tun naikkan Anwar.
    Tun ejas2 lagi, Anwar Tun pecat Tun gantikan dgn Pak Lah.
    Pak Lah jadi PM, Tun ejas2 sampai Pak Lah terpaksa bersara.
    Najib naik jadi PM, Tun ejas pulak sampai Najib kalah PRU.
    Tun naik balik jadi PM7.
    Tun ejas2 lagi… Opppsss kali ni Tun tersilap ejas, Tun terjatuhkan diri sendiri.
    Tun asyik main ejas2. Dah2 la Tun. Berehatlah. X penat ke sampai terejas diri sendiri?

    Cukup2lah tu Tun. Terimalah hakikat, legasi politik Tun x sampai kpd Mukhriz.

  11. Orang2 yg berada disekeliling Tun cukup2 mempergunakan Tun,terutama sekali anak2nya..beri lah Tun ketenangan..

  12. Sudah la atok jgn salah kan orang lain… Atuk yg salah kerana masuk dalam PH yg terang2 mempergunakan atuk demi kuasa… Agung dan rakyat malaysia dah lama x percaya pd atuk di sebabkan bersengkongkol dgn pkr dap… Jadi terima hakikat rakyat dh x nak atuk lg… Balik berehat lah atuk

  13. Hujung-hujung hayat ini biarlah berkata benar. Cukuplah Tun jangan menuduh orang lain tanpa bukti. Perbuatan begitu namanya dosa. Dalam sisa-sisa umur yang masih tertinggal ini biar bercakap benar dan jangan berfitnah. Insaflah terhadap apa yang telah dilakukan oleh kepada orang lain, khususnya Pak Lah dan DSN. Sesekali merasa kegagalan dan salah strategi itu bagus untuk kita mengetahui apa ertinya kekalahan itu. Dalam Islam, kita sebut Sunnatullah dan dalam agama Hindu dan Budha kita sepat ‘the Law of Karma’ Di Barat pula, kata orang “What goes around, comes around”

  14. Thank God, this is the first time in my life, I have heard Tun saying ‘sorry’. Normally, he puts the blame on others.

  15. Hehe…..
    Tuhan tahu sapa salah. Doakan saja Malaysia aman. Jangan timbulkan lagi keadaan yang huruhara
    Ingat semua…………. Jangan buat macam macam. Doakan Malaysia aman damai

  16. Dia sorang saja yg baik, dia sorang saja yang betul..LANCAU LAH MAHATHIR, HANG INGAT HANG SORANG SAJA YANGNPANDAI DIMALAYSIA NI? PHUUUUUUUI!

  17. Madey, sudah bosan dengar akasan2 kau uang tak maduk akal. Jangan minta mohon dan salahkan orang lain. Yang benar adalah kau, Muhyiddin, Azrmin dan Mukriz telah membuat pengkhinatan sama Umno /PAS. Selepas mengkhianat, DSA/ PH, dan meruntuhkan PH, kau dikhianati Azemin dan Muhyuddin. Ini satu pengajaran, jangan kali kali mengkhinati orang lain, balasan nya ialah dikhianat orang juga. Kacang lupa kulit, tak bermaruah dan integrity. Apa lagi you mahu?

  18. Cakap orang pengkhianat PH tapi lagi teruk PH lah pengkhinat bangsa. Pengkhianat bangsa Melayu. Tak mahu Melayu bersatu. Dahlah menang pru 14 dulu banyak sebab fitnah dan janji manis yang alasannya manifesto bukan kitab suci tak semestinya kena patuh.

  19. Ko sbona ae yg jdi pengkianat bangsa ko sndiri. Ko biarkan LGE bermaharajalela melelong aset msia, esp milik bangsa ko sndiri. Ko tau matlamat dap n tindaktanduk dorang.
    BUTA KER MATA KO biarkan ini berlaku spanjang 21 bulan?
    X ingat ker camna dap dgn isu ICERD n Statut Rome v8a mekanisma yg jijik. Ko lntik tom n jerry n koya utk apa? Utk jdi robot mlunaskn cita2 ko “tangkap n bunuh”?

    Ko gagal dpt approval pengganti ko (masa jdi pm4) utk ikut telunjuk ko buatkn ko buat fitnah n pmbohongan.
    Satu demi satu ko tersilap langkah mnjadikan ko pm PALING GAGAL utk msia slpas 1957.

    Selamat BLAH. Pentadbir yg naik scara fitnah n pmbohongan akan jatuh mlalui cara yg lbih hina

  20. betul ke silap atau disengajakan. tun tak patut letak jawatan walau pun parti sendiri telah riject. kenapa tak tunggu undi tak percaya dilakukan. tun patut fikir negara bukan diri sendiri. sepatutnya tun tidak buat kesilapan diakhir kehidupan. kerana melambang kan sejarah yang memalukan.

Comments are closed.