Najib Razak

KUALA LUMPUR- Setelah sekian lama berdiam diri akhirnya bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak membuka mulut mengenai Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Malah beliau mendedahkan mengapa Mahathir amat membencinya sampai sanggup menuduhnya sebagai pembunuh dan penyangak.

Menurut Najib, kisah bermula apabila beliau tidak menyokong Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang berhasrat untuk bertanding sebagai Naib Presiden UMNO dalam pemilihan UMNO pada akhir 2013.

Beliau tidak menyokong Mukhriz sebagai naib presiden parti kerana baharu sahaja melantik anak Mahathir itu sebagai Menteri Besar Kedah.

Beliau berpendapat, bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu perlu meraih sebanyak mungkin pengalaman terlebih dahulu.

Malah beliau sendiri mengambil masa selama lima tahun sebelum dapat memasuki kerajaan Persekutuan manakala Mukhriz pula tidak pernah mempunyai pengalaman  dalam pentadbiran dan hanya dilantik sebagai timbalan menteri sahaja.

“Selama ini saya bertahan. Saya cuba untuk tutup mulut kerana saya masih menghormati dia (Mahathir). Budaya kita ajar kita untuk menghormati orang tua.

“Lebih-lebih lagi, saya tidak boleh menafikan bahawa dia pernah berjasa kepada saya kerana dia pernah menyokong saya menjadi perdana menteri,” katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.

Selain itu, Mahathir juga marah kepada Najib dalam isu Malaysia Airlines di mana bekas perdana menteri keempat dan ketujuh itu mahu (MAS) diswastakan dan dijual kepada seorang ahli perniagaan yang rapat dengannya.

Satu lagi isu yang menimbulkan kemarahan Mahathir adalah kegagalan Najib menghidupkan projek jambatan bengkok.

Jelas Najib, beliau telah cuba menghidupkan kembali projek berkenaan tetapi ditolak oleh kerajaan negeri Johor dan Singapura

“Jika negara Singapura tak mahu, apa yang kita boleh buat? Takkan kita nak berperang dengan mereka atau bergaduh dengan negara jiran selama berpuluh tahun kerana satu jambatan bengkok?

“Kita perlukan persetujuan dari mereka jika mahu bina jambatan baru.

“Selepas PRU-14, kerajaan PH semasa dia PM7 pun pernah menghidupkan semula projek jambatan bengkok ini dan sekali lagi PM7 tidak berjaya,” katanya lagi.

Mahathir juga menurut Najib tidak setuju dengan tindakannya memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menggantikannya dengan Akta Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) manakala Undang-Undang Buang Negara digantikan dengan POTA dan POCA yang lebih adil.

Tambah Najib, Mahathir juga memarahnya kerana menolak permohonan kereta nasional itu untuk mendapatkan geran percuma bernilai RM3 bilion daripada kerajaan.

“Pada masa itu, ianya sukar untuk kerajaan BN dulu memberi geran percuma begitu besar kepada sebuah syarikat yang sudahpun 100 peratus milik swasta.

“Lagipun, pendapat kita ialah jikapun kita memberi geran begitu besar ianya masih sukar untuk Proton untuk menjadi kompetitif tanpa rakan niaga dan tekonologi baru kerana pasaran tempatan terlalu kecil.

“Setelah geran ini ditolak sekali lagi, PM ke-4 pun umum tarik sokongan kepada saya pada bulan Ogos 2014,” katanya lagi.

Kerajaan BN bagaimanapun tetap meluluskan geran bernilai RM1.7 bilion kepada Proton.

Hasrat Najib untuk merapatkan jurang miskin dan kaya dengan menaikkan kadar gaji minimum juga tentangan Mahathir yang berpendapat, ia hanya akan meningkatkan kos kepada kilang dan pelabur.

Sedangkan beliau mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang kompetitif berdasarkan inovasi dan produktiviti dan bukannya kerana kos rendah, kata Najib.

“Selepas dia tarik sokongan terhadap saya pada bulan Ogos 2014, dia mula mengambil langkah untuk menjatuhkan saya sebagai PM kerana dia mahu seorang PM yang akan patuh 100 peratus kepada kehendak dia dan kawan-kawan dia.

“Lalu pada awal tahun 2015, PM ke-4 pun bertemu dengan Clare Brown di Yayasan Kepimpinan Perdana untuk menggunakan isu 1MDB untuk menyerang saya.

“Dengan pertolongan dari ketua-ketua institusi negara yang dilantik semasa dia PM ke-4, dia akhirnya berjaya menjatuhkan saya sebagai PM. (Lalu, ketua-ketua institusi ini dilantik ke jawatan-jawatan lumayan di bawah kerajaan PH)

“Itulah kisah benar apa yang pernah berlaku tanpa sebarang fitnah. Selebihnya adalah sejarah,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

29 Komen

  1. Tgk lah dsnr dimana mana ruang yg boleh dsnr mulakam prosiding fitnah atau jenayah kpd madet ni , mnusia jenis ini perlu diajar bg reti tatasusila sikit . Lagi satu dsnr boleh highligt balik isu forex yg sudah selesai src agar dibawa ke mahkamah , boleh kita tgk situa tu naik turun mahkamah pula. Begitu jgk mantan men kew lim gone end jgk ada kes yg disejuk beku ..

  2. DIA BossKU Boss kami yg berjaya mencuri hati kami sorg yg berhati mulia berkarisma berjiwa Rakyat prihatin dgn masyarakat dan peka mslh sekeliling..KAMI SAYANG DATO SERI NAJIB

  3. Mengapa skrg br hormat org tua? Semasa brkuasa semua kemudahan yg sepatutnya utk bekas PM di tarik? Juga pelbagai gelaran diberikan! Justeru utk menutup kelemahan sendiri lebih mudah kita memburukkan org lain. Xusahlah
    utk menangguk di air yg keruh”. Biarlah masa yg menentukan….

  4. ya betullah tu Kumar, itu lah yang sedang dilakukan oleh PM7 tu. Sentiasa menyalahkan orang lain sejak dulu lagi. Semua orang salah. semua orang tak betul. Tunku abdul rahman salah, Tun Hussein Onn salah, Tun Razak salah, Tengku Razaleigh salah, Musa Hitam salah, Anwar Ibrahim salah, Paklah salah, najib salah. dia tak pernah salah. akhirnya dia yang salah strategi…

  5. Mahathir dulu ditarik kemudahan sebab dia sertai perhimpunan Bersih, perhimpunan bantah GST, dan kutipan tandatangan untuk deklarasi yang bercanggah dengan peruntukan undang-undang dan perlembagaan negara. Ada sebab. Lagipun dia dah kaya-raya. T

  6. Madir memang kuku besi…semua nak di kontrolnya…skf kita tak payah nak hormat si tua tu lg…biar si luncai terjun dgn labu labunya..

  7. butuh la kau najib oiii . sebab kau mansuhkan isa la negara jadi kacau bilau.. isu agama dan bangsa dimainkan dengan sewenang wenangnya. ko carila ketenangan dipenjara wahai najib

  8. Org yg biasa mengikuti politik mahadir Akan faham siapa mahadir, rekod mahadir Dari AWAL sampai akhir, Dari baru ceburi bidang politik sampai letak jawatan pm Ka 7 takpernah Aman, Ada sahaja org yg takkena pada pendapat DIA, Lum Ada sejarah mahadir mengaku kesalahan diri nya sendiri, semua ISU terkait dengan diri nya DIA Akan menuding pada org lain, ibarat raja firaun yg sentiasa merasa diri nya benar Dan berkuasa

  9. Org yg biasa mengikuti politik mahadir Akan faham siapa mahadir, rekod mahadir Dari AWAL sampai akhir, Dari baru ceburi bidang politik sampai letak jawatan pm Ka 7 takpernah Aman, Ada sahaja org yg takkena pada pendapat DIA, Lum Ada sejarah mahadir mengaku kesalahan diri nya sendiri, semua ISU terkait dengan diri nya DIA Akan menuding pada org lain, ibarat raja firaun yg sentiasa merasa diri nya benar Dan berkuasa

  10. Masa dia jadi PM dia hormat pada Mahathir,tapi Mahathir masih dgn perangai his the big boss.. Cuba baca betul2 ..

  11. DSNR tetap dihati rakyat….bertabah lah DSNR semoga ada jln yg terbaik menanti anda insyaallah aamiin ³x

  12. Dah dah lh tu nk bergaduh sesama melayu. Org bangsa lain dh cop melayu mudah dibutakan dengan duit, gila kuasa, hanya segelintir saja pengamal politik ni yang betul betul bekerja keras utk kemakmuran negara. Yang lain cuma nk kan kuasa dan duit, itu agenda utama dan perjuagan utama pemimpin. Macam mane nk pimpin rakyat kalau pemimpin dah terang lagi bersuluh mengalahkan penyangak dan penyamun.
    Umno dan pengikut2 yg dah confirm bermasaalah tu duk lh diam2 lh tak yah nk komen sane sini. Cermin lh diri tu dulu. Tak malu ke. Allah dah buka jalan untuk bertaubat, Bawak lh bertaubat…,
    Moga ade penyelesaian terbaik kemelut politik di Malaysia ni. Moga kita dapat pemimpin yg diredhai Allah.

  13. Mahathir. Baca kisah beliau dr Malay Dilemma zaman Tunku, sampailah hari ini.

    Superiority complex dan narcissist melampau. Kesian tgk anak muda yg main balon jer sokong dia.

    Tp xpelah. Dia pun ada jasanya juga. Semoga dia dpt berehat dgn aman dan tenang dlm saki baki masa yg ada.

  14. Pendedahan ini sangat penting kerana berapa panjang nya penghakiman yang berjalan sepatutnya orang tuan tu patut di dakwa juga kerana nampaknya dia macam merancang konspirasi profil tinggi dan telah mengancam keselamatan negara dan rakyat. Kenapa pihak berkuasa nembiarkan ini berlarutan. Kita perlu tukar kandang saksi dengan orang yang sepahutnya. Pihak berkuasa tak ambil tindakan. Sekat petjalanan nys ke luar negara.

  15. Orang yang bjak akan dapat berfikir apa yang najib kata tu semua nya sebab nak tutup kesalahan dia menyamun duit rakyat…

  16. Tun M insaflah.
    Jangan buat kacau lagi.
    Nasib kami dan negara bukan ditangan Tun tapi ditangan ALLLAH

  17. Sudah lah Najib yang kau nampak semua salah orang lain.
    Cuba jengok ke atas semua pemimpin umno kaya raya bila jadi ketua Bahagian.
    Cuba kau tengok kebawah orang Melayu dan rakyat merintih kerana gst dan kos sara hidup yg semakin meningkat.
    Yang kau dan bini duk berjoli sakan dengan duit berbillion RM yang masuk dalam akaun kau tu kau tak cerita.
    Aku adalah ahli parti kerajaan tetapi aku benci perasuah.
    Sudah2 lah Najib selamat bersara diSg Buloh akhirnya nanti.. Mudah2an.

  18. Terbukti pun.
    Kes src.
    Kes 1mdb
    Kes syafie.
    Kes kk mah.
    Apalagi kes yg tak disabit kan?

  19. Ahhh…. Sudahlah najip….. Kamu tu pun 1,orang dah tolong kamu naik ke jawatan yang paling tinggi, kamu buat tak faham dan tak hormat orang, ayat yang paling mudah, ialah padan dengan muka engkau…. “kepala bapak dia”…. Minta maaf byk2 lah….

  20. Jangan dikenang perkara yg lepas..kenapa baru nk buka mulut sebab mimpi itu lain2 dan setiap manusia itu tiada sempurna. Bersalah tetap dihukum dan saya nasihatkan semua orang politik supaya ikhlas pembela rakyat bukannya membebankan rakyat demi kepentingan sendiri dan kroni. Moga ikhtibar buat kita semua dan memacukan negara lebih ke arah positif. Maaf jika terkasar bahasa dan kita hanya hidup sementara di dunia. Allah telah tunjukkan kepada 1 dunia akibat kerakusan manusia serta turunkan bala penyakit Covid 19 kepada bangsa tertentu dan seterusnya kepada bangsa kita yg beragama islam. Jangan pandang suatu sudut saja selagi manusia sering bertelagah sesama demi menunjukkan kekuatan masing2. Politik demi kemakmuran sesuatu negara dan rakyat memilih untuk mendapatkan kesejahteraan harmoni setiap pemimpin terpilih bijaksana mengatur pentadbiran. Moga kesilapan yg lalu memberikan petunjuk khasnya bossku.
    Hidup Bossku
    Hidup Bossku
    Hidup Bossku
    Hidup Tun M
    Hidup Tun M
    Hidup Tun M
    Hidup Malaysia
    Hidup Malaysia
    Hidup Malaysia
    ❤❤

  21. Semoga persengketaan ini akan selesai sebaik mungkin..dunia politik adalah medan peperangan antara satu sama lain..bercakaran sesama sendiri yg mnjadi bahananya adalah pd rakyat sendiri.samalah mohon ampon dan saling memaafkan sebelom kita dijemput Allah..
    Mahk\mah Akhirat x sama ngan mahkamah dunia.
    bermaafanlah eratkan silaturrahim..ingat selagi nama manusia kita x pernah lari dr melakukan kesilapan.Wallahuaqlam.

  22. Masa PM4 memerintah.. Anak2 PM4 jadi kaya raya.. Sampai skrg tiada siapa berani nak siasat sbb anak bekas idola malaysia… Harap2 lepas ni kerajaan baru dpt siasat aset2 anak2 PM4 dan kroni.. Seperti mana PM6 kena siasat dan di rampas harta nye..

Comments are closed.