Tun Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR -Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan krisis politik yang melanda negara bermula apabila beliau meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Dr Mahathir merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa krisis politik bermula apabila beliau mengambil tindakan sedemikian.

“Benarkah, tiba-tiba tanpa sebab saya letak jawatan?

Saya yang kononnya disokong oleh parti Kerajaan dan parti lawan, termasuk Najib Tun Razak dan beberapa lagi yang sedang dibicara atas tuduhan rasuah menyokong saya? Ini tidak masuk akal,” katanya.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian dalam tulisan yang dimuatnaik di laman blog chedet.cc bertajuk Krisis Politik.

Menulis lebih lanjut, Dr Mahathir berkata, beliau meletakkan jawatan kerana dalam pengakuan di hadapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong beliau tidak mendapat sokongan penyokongnya.

“Saya tidak dapat majoriti dan tidak lagi layak menjadi Perdana Menteri.

“Di Istana peletakan jawatan saya diterima. Saya diarah pegang jawatan Perdana Menteri buat sementara.

“Siapa yang akan ganti saya. Rakyat bosan dengan orang politik yang lebih utama politik dari pentadbiran yang baik,” katanya.

Sebab itu, kata Dr Mahathir, beliau mencadangkan penubuhan kerajaan nasional di mana orang bukan politik yang berpengetahuan juga akan menyertai kerajaan.

Orang parti juga, menurut beliau, akan menyertai kerajaan tetapi sebagai orang biasa yang tidak tertakluk kepada agenda parti mereka.

“Tetapi cadangan saya ditolak. Saya pun letak jawatan. Dan berlarutanlah krisis ini. Saya tidak tahu bila ia akan tamat?” soalnya.

Dr Mahathir meletakkan jawatan pada 24 Februari lalu. Keputusan yang mengejutkan itu menyebabkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar dari Pakatan Harapan sekaligus meruntuhkan kerajaan ketika itu. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Masalah sekarang masing2 tidak mahu menerima kesilapan diri sendiri sebab itu tiada kesudahan..

  2. Madey kena jelaskan dgn ikhlas siapa sebenarnya pencetus krisis ini. Najib? TGHH? PAS? UMNO? Tidak. Maaf cakpalah yer, semuanya ini dicetuskan oleh dirinya sendiri, yg bersifat kebudak2an. Bila permintaan dia ditolak, dia mengamuk dan merajuk lalu letak jawatan. Lepas tu minta balik. Sbg seorang politikus veteran, dia seharusnya menunjukkan contoh yg boleh dijadikan tauladan iaitu bertindaklah sebagai seorang politikus veteran yg berhemah dan bermaruah. Selagi dia enggan berubah atau masih gilakan kuasa dlm usia selanjut ini, selagi itulah krisis ini sukar berakhir. Renung2kan. Salam.

  3. Ni yg nak mula hilang langsung rasa hormat kpd org tua yg sombong x sedar diri ni.

    Bila nak tamat? Bila Atok mati, tamatlah.

  4. Masalahnya kepana Tun letak jawatan, seharusnya Tun perlu tunggu sidang parlimen 9 mac untuk di adakan undi tidak percaya kepada Tun. Itu adalah jalan terbaik untuk meletak jawatan, atau Tun menyerahkan terus penganti kepada Anwar seperti di janjikan sebagaimana Tun menyerahkan jawatan PM4 ke Pak lah sebagai PM5.

  5. Kalau yea pun kurang sokongan,tunggu lah sampai 9hb 3 ni..24hb 2 ko dah letak jawatan..pastu kucar kacir negara..org yg tak di jangka ,naik sebagai PM..nak kata bukan ko dalang nya,amat patah nak percaya..matlamat ko,x nak Anwar jadi pm..takut sgt kan ko dgn anwar..maaflah,aku dah hilang segala rasa hormat aku pada ko lah madey,sejak ko khianati umno dan bn..parti yg menaikkan ko dan menjadikan siapa ko sekrang.jangan cerita pasal org khianat pada ko lah,ko khianat pada org lain tak pe kan..tuduh mcm2 pada ds najib,apa jenis manusia ko ni..krisis hanya selesai bila ko tiada je..

Comments are closed.