Isteri Da'i Farhan, Noorainul Naqim Mohd Radzi diiringi anggota polis bagi menghadapi pertuduhan penipuan urusan sijil halal KKM di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 04 MAC 2020

KUALA LUMPUR – “Tiada komen, terima kasih,” ringkas respon Da’i Farhan sebelum meninggalkan mahkamah bersama isterinya Noorainul Naqim Mohd Radzi.

Beliau terdahulu menyelesaikan prosedur ikat jamin isterinya yang berhadapan dengan tuduhan menipu wang  seorang wanita untuk mendapatkan sijil halal dan kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Farhan ketika diasak oleh wartawan hanya tersenyum sambil memimpin tangan isterinya meninggalkan bangunan Kompleks Mahkamah. 

Semalam Noorainul ditangkap polis berikutan laporan yang mendakwanya menipu wang RM10,050 dengan memperdaya wanita dikenali sebagai Norsiha Aala mendapatkan sijil dari Jakim dan KKM untuk produk keluarannya.

Farhan,31 bertanggungjawab membayar ikat jamin isterinya yang ditetapkan oleh Mahkamah Majistret sebanyak RM4,000.

Da’i Farhan hadir bagi mengikuti pertuduhan penipuan urusan sijil halal KKM melibatkan isterinya, Noorainul Naqim Mohd Radzi di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 04 MAC 2020

Da’i Farhan,31 sebelum ini mencetuskan kontroversi pada tahun lalu apabila mengumumkan telah mengahwini Noorainul ibu tunggal anak lapan di Makkah.

Perkahwinan itu didakwa tidak mendapat restu isteri pertamanya yang ketika itu hamil.

Status Doktor yang dimiliki Noorainul juga sebelum ini menjadi pertikaian apabila namanya dikatakan tidak wujud dalam senarai  Medical Medical Council (MMC).-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast