Bekalan penutup hidung yang digunakan sebagai langkah berjaga-jaga dalam menangani Covid-19 semakin kurang di pasaran. - Agensi

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kekurangan bekalan dan kenaikan harga bagi peralatan dan perkakasan ketika usaha besar-besaran sedang dilakukan untuk menangani wabak koronavirus yang semakin melonjak.

Sehubungan itu, WHO meminta semua syarikat dan kerajaan meningkatkan pengeluaran keperluan itu sehingga 40%.

Virus yang dikenali sebagai Covid-19 masih merebak di Korea Selatan, Jepun, Eropah, Iran dan Amerika Syarikat serta beberapa negara lain yang jumlahnya sebanyak 80.

Pesakit-pesakit yang dijangkiti wabak itu mengalami selsema yang kemudiannya menyebabkan pneumonia.

Doktor dan jururawat di Iran dilaporkan mengalami kekurangan peralatan.

Iran merekodkan 77 kematian, antara negara tertinggi merekodkan kematian di luar China.

Emiriah Arab Bersatu menutup sekolah untuk empat minggu bagi mengekang penularan Covid-19.

Kes kematian di Itali, melonjak kepada 79 semalam menyebabkan negara itu meluaskan kawasan kuarantin.

Perancis pula merekodkan empat kematian manakala Indonesia, Ukraine, Argentina dan Chile mencatatkan kes kematian pertama.

Kira-kira 3.4% kes jangkitan Covid-19 meninggal dunia, melepasi kadar kematian selsema bermusim yang di bawah 1%.

Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata: “Untuk merumuskannya, Covid-19 menyebar kurang berkesan daripada selesema, penghantaran tidak kelihatan didorong oleh individu-individu yang tidak sakit, ia menyebabkan penyakit yang lebih teruk daripada selesema, setakat ini belum ada vaksin dan ia boleh ditangani,” kata Dr Tedros.

Para pegawai kesihatan mengatakan kadar kematian adalah 2% hingga 4% bergantung kepada negara dan mungkin jauh lebih rendah jika terdapat ribuan kes ringan penyakit yang tidak dilaporkan.

Sejak wabak koronavirus, harga penutup mulut dan hidung pembedahan meningkat sebanyak enam kali, penutup pernafasan N95 naik tiga kali ganda dalam kos dan gaun pelindung dua kali ganda, kata WHO.

Dianggarkan kakitangan kesihatan memerlukan 89 juta penutup hidung dan mulut, 76 juta sarung tangan dan 1.6 juta pasang pelindung mata. – MalaysiaGazette