Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- AirAsia Bhd. menawarkan enam juta tiket promosi termasuk tambang percuma ke pelbagai destinasi popular, dalam dan luar negara.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, tawaran istimewa itu adalah bagi perjalanan bermula 8 Mac ini sehingga 1 Julai tahun depan.

Tempahan kepada ahli BIG dan BigPay bermula 8 Mac manakala orang ramai boleh mula membuat tempahan sehari selepas itu.

Ahli BIG boleh menikmati tambang diskaun serendah RM12 sehala bagi penerbangan Kuala Lumpur ke Johor Bharu, Pulau Pinang, Langkawi, Alor Setar dan Kota Bharu.

Mereka juga boleh merebut peluang mendapatkan tambang AirAsia X semurah RM71 sehala bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke destinasi-destinasi antarabangsa termasuk Fukuoka, Seould dan Gold Coast.

Selain Jepun, Korea Selatan dan Australia, promosi tersebut turut merangkumi destinasi-destinasi di Thailand, Indonesia, Kemboja, Vietnam, India dan Taiwan.- MalaysiaGazette