Seorang kanak-kanak disahkan Covid di Hospital Kanak-kanak di UK.

LONDON – Seorang kanak-kanak diuji positif Covid-19 di sebuah Hospital Kanak-Kanak Alder Hey, Liverpool.

Perkara itu disahkan oleh pengurusan hospital tersebut tanpa mendedahkan umur dan jantina kanak-kanak malang itu kepada umum.

Kanak-kanak itu merupakan satu daripada dua kes baharu Covid-19 yang disahkan oleh Majlis Perbandaran pada Khamis semalam sekaligus jumlah keseluruhan kes yang direkodkan di Liverpool adalah tiga orang setakat ini.

Jurucakap hospital itu berkata, mereka tidak menjangka kanak-kanak itu merupakan yang pertama di United Kingdom didiagnos dengan virus itu.

Setakat ini, seramai 116 orang di sekitar UK dijangkiti Covid-19.

Justeru satu kematian pertama melibatkan Covid-19 telah disahkan di UK malam tadi.

Ekoran berita kematian itu, Perdana Menteri, Boris Johnson merakamkan takziah kepada keluarga simati sementara Ketua Perubatan England, Prof. Chris Whitty amat bersimpati ketika melaporkan berita tersebut.

Kita telah memulakan pengesanan kontak virus itu di UK.

Pada minggu lalu, seorang pelancong Britain yang belayar di atas Kapal Diamond Cruise yang dikuarantin di Jepun merupakan warga UK yang pertama meninggal dunia akibat jangkitan itu.- MalaysiaGazette