Jebet digantung empat tahun kerana mengambil suplemen terlarang

BAHRAIN – Juara emas Olimpik 2016 acara 3,000 meter lari berpagar, Ruth Jebet digantung empat tahun selepas diuji positif EPO (recombinant erythropoietin).

Atlet berusia 23 tahun dari Bahrain itu digantung pada tahun 2018 selepas gagal ujian perlumbaan.

Jebet memberitahu, Unit Integriti Olahraga (AIU) pada Mac 2018 yang dia tidak mengambil suplemen darah terlarang EPO itu secara sengaja sebaliknya ia berlaku diluar pengetahuannya.

Namun tribunal disiplin itu menjatuhkan hukuman dilarang menyertai sebarang kejohanan olahraga selama empat tahun.

Bahagian AIU berkata, penggantungan Jebet akan berkuatkuasa bermula daripada penggantungan awal pada tahun 2018.

Jebet yang merupakan bekas pemegang rekod dunia dalam acara kegemarannya 3,000 meter lari berpagar itu diperbaharui oleh Pelari kenya Beatrice Chepkoech dua tahun lalu.

Jebet diuji positif suplemen terlarang r-EPO pada 1 Disember 2017.

Suplemen EPO adalah membantu atlet mempertingkatkan persembahan dengan simulasikan penghasilan lebih banyak sel darah merah.

AIU mengarahkan penggantungan segala kemenangan Jebet antara 1 Disember 2017 dan 4 Februari 2018.

Jebey yang merupakan kelahiran Kenya mempunyai hak merayu terhadap penggantungan itu tetapi keitka ini tidak mampu beraksi di Tokyo 2020 untuk mempertahankan gelarannya yang diuperolehi empat tahun lalu di Rio Brazil.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast