Dr. Mahathir Mohamad

LANGKAWI- Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau pelik PAS masih menyokong kerajaan negeri di Kedah yang diterajui Parti Pribumi Malaysia (BERSATU).

Bekas Perdana Menteri bagaimanapun tidak menolak kemungkinan keadaan itu akan berubah kerana beliau percaya pimpinan Pas Kedah akan menerima tekanan daripada ibu pejabat parti berkenaan.

“Di Kedah, (kerajaan negeri) masih kekal BERSATU, tapi yang pelik adalah PAS. Dia boleh jadi kerajaan (negeri), tapi setakat ini masih lagi beri sokongan kepada pemimpin daripada BERSATU.

“Saya tak tahulah berapa lama (sokongan kepada BERSATU) kerana PAS di Kedah ini pun akan kena tekanan daripada ibu pejabat PAS, kemudian boleh jadi (kerajaan negeri) berpecah,” katanya seperti yang dilapor oleh BH Online.

Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerangan Isu Politik Semasa di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat, Juhari Bulat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Mohd Firdaus Ahmad.

Kedudukan kerajaan negeri diterajui Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilaporkan dalam keadaan tidak menentu berikutan perpecahan dalam parti berkenaan selepas BERSATU keluar Pakatan Harapan (PH) pada 24 Februari lalu.

Bagaimanapun, Mukhriz sebelum ini menafikan kedudukan kerajaan negeri PH dan BERSATU goyah, mendakwa kedudukan 19 kerusi dimiliki pakatan itu menjadikan kerajaan negeri stabil kerana memiliki lebihan majoriti diperlukan untuk memerintah.

Kedah mempunyai 36 kerusi DUN dengan PAS memiliki kerusi terbanyak iaitu 15, diikuti PKR (7), BERSATU (6), UMNO (2) Parti Amanah Negara (AMANAH – 4) dan DAP (2).

Sementara itu, Dr Mahathir ketika ditanya mengenai BERSATU, mengakui parti terbabit kini terpecah dua, iaitu kumpulan yang menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kumpulan yang tidak menyokong.  – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Kenapa cari salah orang lain?
    Rakyat dah bagi pluang bentuk kerajaan lepas pru14. Tapi di sia siakan , gaduh sesama sendiri , billa dah tumbang tuding pada orang lain. Cermin diri sendiri

  2. Bila2 masa adun umno yg lompat bersatu selepas pru14 tu join semula umno tak pun 1 atau 2 adun pkr turut keluar maka tamatlah riwayat ph di Kedah. Let’s wait and see

  3. Ayat orang tua nyanyok beginilah. Nak menuduh orang lain bersalah. Bertaubat tak jugak. Sumpah laknat tak jugak. Bumi Malaysia pun tak akan terima mayat si atuk nyanyok ni. Inn Sya Allah.

  4. MB Kedah sahaja yang tak sedar diri, rasa semua orang PH sokong nya, sepatutnya yang jadi MB adalah PKR kerana kerusinya leboh dari Bersatu.

Comments are closed.