Tan Sri Rafidah Aziz berucap pada Majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia di D'Attap Ballroom Sungai Buloh, Selangor. foto IQBAL BASRI, 08 MAC 2020

SUNGAI BULOH – Tan Sri Rafidah Aziz tidak bersedia menerima soalan politik daripada sekumpulan wartawan yang hadir ke Majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia peringkat Kuang, Sybgai Buloh petang tadi.

Sebaliknya ketika dipujuk para wartawan untuk mendapatkan kesediaannya bagi menjawab soalan-soalan berkaitan sambutan majlis Hari Wanita petang ini, beliau hanya membalas, ”sorry saya tak mahu menjawab soalan politik”.

“Saya akan menulis sendiri mengenai politik nanti.. apabila menerima ilham.. belum menerima ilham lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika didekat pengamal media untuk mendapatkan pandangannya mengenai senario politik semasa.

Rafidah Aziz meluangkan masa melawat ruang pameran pada Majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia di D’Attap Ballroom Sungai Buloh, Selangor. foto IQBAL BASRI, 08 MAC 2020

 

“Kalau nak tanya pasal majlis sambutan hari ini pun, saya rasa tak perlulah, kan saya dah berucap panjang mengenai kepentingan perjuangan wanita.. tak perlu saya ulangi lagi,” katanya lagi.

Malahan pembantu Rafidah juga menjelaskan bekas Menteri Kabinet itu tidak mahu mengulas apa apa mengenai isu politik buat masa ini.

Pengamal media yang tidak berputus asa menunggu di pekarangan dewan menunggu kemunculan Rafidah yang melawat setiap gerai produk usahawan wanita yang dibuka di majlis itu dengan harapan boleh mendapatkan ulasan beliau.

Bagaimanapun permintaan media sekali lagi tidak dilayan.- MalaysiaGazette