Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri beramah mesra selepas Program Hari Terbuka Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia di Dewan Tan Sri Datuk Setia Dr. Ibrahim Lembut, Kompleks Islam Putrajaya, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 04 JULAI 2019.
KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama, Datuk Seri Mujahid Yusof mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri di atas pelantikannya dalam Kabinet.
Mujahid berkata, beliau yakin Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu akan mempertahankan dasar Rahmatan Lil Alamin yang diperkenalkan olehnya semasa memegang jawatan menteri sebelum ini.
“Ini kerana sepanjang usaha ini digerakkan bawah PH beliau tahu hati budi saya di sebalik fitnah yang tersebar.
“Bertaqwalah dengan jawatan anda!” katanya dalam ciapan di laman Twitter hari ini.
Dr Zulkifli diumumkan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Kabinet Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau yang mengangkat sumpah sebagai Senator esok merupakan mufti pertama dilantik menteri penuh. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. MASA ADA KUASA TAK INGATKAN DIRI SENDIRI, BILA DAH TAK ADA KUASA SIBUK HAL ORANG…

  2. Mujahid pun kena bertaqwa dgn tanpa jawatan… Jgn pulak lepas ni sibuk maki hamun dlm ceramah 🙂

  3. Mujahit semuga kekanda tumpukan sepenuh masa utk terus bertweet.. Mulakan ciapan anda dgn bahasa yg bertaqwa sedarlah bahawanya Allah memberi izin PAS nyata bukan andaian mimpi yg senantiasa anda perlekehkan berada diPutraJaya. Kekanda gunakanlah sepenuh masa utk mengenal izin Allah….

  4. Tulis lah warkah dari cordoba untuk atok kerana telah menjatuhkan kerajaan PAKATAN HANCING LAGI BUSUK ANDA…. Tahniah PH kerana ANDA SUDAH TUMBANG TERSUNGKUR

  5. Oh kekanda kata2 mu sungguh menyentuh kalbu..tapi sayang kekanda telah tumbang kerana terkena sumpah laknat..harap2 kekanda guna lah masa yg ada ini utk meningkat kan takwa walaupun dah tak ada jawatan…alahai kekanda terpaksa ikat perut lagi.tak apa latihan sebab tak lama lagi dah nak berpuasa.

Comments are closed.