Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Lembaga Getah Malaysia telah mengaktifkan Insentif Pengeluaran Getah {IPG) bagi bulan Februari mulai 1 Mac hingga 31 Mac ini.

Ia susulan harga purata peringkat ladang bagi cuplumb di Semenanjung adalah RM2.10 sekilogram, Sabah RM1.75 sekilogram dan Sarawak RM1.95 sekilogram.

IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang (farmgate) berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah. – MalaysiaGazette