TERKINI : Pijak di Bumi Yang Nyata – Dr Zulkifli Mohamad

Pembentukan Jemaah Kabinet baharu Kerajaan Perikatan Naisonal (PN) yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) semalam dianggap mampu melenyapkan badai politik sejak dua minggu lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berharap pergolakan politik kerana sentimen tertentu dapat dibanteras selepas ini dalam pentadbiran negara.

“Insya-Allah badai politik yang semata-mata kerana sentimen dapat dibanteras, tapi kita sama-sama kita berpijak pada bumi yang nyata.

“Kita katakan inilah Malaysia, negara kami yang dicintai, tanah watan yang kami mahu bina sebaik mungkin Insya-Allah,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.