KUALA LUMPUR – Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa bekerja keras sebelum menang tipis 1-0 ke atas PDRM di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.
Skuad Harimau Selatan yang hadir dengan reputasi hanya berjaya mendapat gol tunggal enam minit terakhir perlawana menerusi sepakan penalti yang disudahkan Diogo Santo.
Sementara itu, kelibat pemain sensasi, Safawi Rasid tidak kelihatan buat kali kedua selepas perlawanan menentang UiTM FC hujung minggu lalu.
Tanpa penyerang kidal itu, JDT masih menguasai sebahagian besar permainan dan mencipta beberapa peluang pada babak pertama.
Sementara itu, Pahang mencatat kemenangan pertama dalam saingan Liga Super selepas menewaskan Sabah 2-0 di Stadium Darul Makmur.
Pada dua perlawanan sebelum ini, skuad kendalian Dollah Salleh 2-1 di tangan Selangor dan 3-2 kepada PJ City FC.
Pada perlawanan itu, tuan rumah yang terdesak memburu kemenangan berjaya mendapat gol menerusi Ivan Carlos dan Herold Goulon. – MalaysiaGazette
















