KUALA LUMPUR – Selesaikan segera baki hutang keseluruhan National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) bagi membolehkan kerajaan memulih dan membaiki semula situasi serta beban ekonomi negara hari ini.

Itu cadangan penganalisis sosiopolitik Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dilihat mampu menjana semula pendapatan dan memberikan semula hasil kepada rakyat.

“Tidak kira kerajaan mana yang memerintah, kita kena melihat teras utama apa-apa kerajaan ialah untuk mendapatkan hasil kewangan sendiri.

“Pendekatan untuk menghasilkan pendapatan negara itu perlu dipelbagaikan dan salah satu cara ialah temasuklah (menyelesaikan) isu hutang daripada syarikat-syarikat besar itu yang perlu ditangani dengan baik.

“Pihak Kementerian Kewangan juga perlu berbincang dengan pihak syarikat besar, berbincang dengan pihak Lembaga Hasil termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa agensi lain untuk memastikan kepentingan rakyat serta negara mendapat hasil atau pendapatan,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Dr Awang merujuk kepada kenyataan Pengerusi NFCorp, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail yang berharap untuk mendapat kelulusan kerajaan, khususnya Kementerian Kewangan, untuk melangsaikan baki pinjaman RM250 juta NFCorp.

Jelas Dr Mohamad Salleh, cadangan penyelesaian itu telah dinyatakan melalui beberapa surat kepada Kerajaan Malaysia seawal November 2018, dan terkini pada 4 Februari lalu.

Dalam pada itu Dr Awang berkata, rundingan dan perbincangan juga merupakan satu kaedah penyelesaian selain hukuman semata-mata.

“Kita perlu mempraktikkan prosedur itu dengan melihat kepentingan negara dalam konteks untuk memperoleh pendapatan negara dengan kepelbagaian alternatif.

“Jadi tidak kiralah kerajaan mana yang memerintah, apa yang penting kita perlu mendapatkan dan menjana pendapatan yang boleh digunakan untuk tujuan pembangunan negara,” ujarnya lagi.

Dr Mohamad Salleh sebelum ini turut berharap Peguam Negara dan Kementerian Kewangan akan memberi peluang yang adil dan saksama kepada pihaknya untuk menyelesaikan dan melangsaikan baki hutang pinjaman.

NFCorp sebelum ini dilaporkan akan membayar balik baki tertunggak pinjaman mereka kepada kerajaan.

Kata Dr Mohamad Salleh, NFCorp sudahpun mempunyai pembeli baru yang bersetuju untuk membayar balik baki pinjaman sepenuhnya dalam masa tiga bulan bermula tarikh yang dipersetujui dengan kerajaan untuk penstrukturan semula syarikat itu. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. NFC diharap bertanggung jawab dalam melangsaikan segala hutang kepada Kerajaan PN sekarang agar kewangan negara diperkukuhkan.Segala masaalah dulu tinggalan kerajaan BN dibawah pemerentahan DS Najib mesti diselesaikan dengan kardah terbaik untuk mendapat kembali segala hasil negara yg hilang.Jika duit yg hilang tak ditemui Segala assets yg DS Najib ada mesti diambil olih kerajaan untuk menganti segala harta negara yg hilang dan tak ditemui.Ramai rakyat berpendapat jika TSMY PM PN buat bagitu tentu Tun M akan menyokong TSMY dan kerajaan Baru PN .So harap TSMY tidak bias tentang DS Najib, DS Zahid Hamidi, Ku Nan dan lain-lain tertuduh yg akan ,sedang dibicarakan sekarang dan nanti.Semuga Tun M dan TSMY dapat bekerjasama demi Agama,Bangsa dan Negara tercinta ini.DS Haji Hadi pun akui ketokohan Tun M dan ramai rakyat cadangkan agar Tun M dilantik sabagai Menteri Mentor @Senior Minister untuk Kerajaan Malaysia dan buah pandangan Beliau diperlukan dalam melayakkan Bahtera Merdeka Malaysia kearah dan matlamat yg betul.Harap TSMY Pertimbangkan cadangan rakyat terbanyak Malaysia ini.Wallahuaklam.

  2. Pasal apa pula kerajaan kena langsai hutang NFC Corp? Projek setengah masak cuma ada pintu gerbang dan hutan lalang, lembu pun beli berapa ekor saja. Dr.Mohd Salleh dan isteri Sharizat Jalil dok asyik “raya hindu” buat condolah, makan anginlah sudah berapa tahun? Tak menguruskan NFC dengan serious. Jangan nak menyangkal Dr.Salleh! Lembu berapa ekor yang awak bela? Sepatutnya beribu ekor ini berapa puluh ekor yang awak beli. Tak faham pasal apa MACC tak korek lebih dalam masaalah NFC. Kita semua tahu Sharizat Jalil tu anak buah Mahathir, dan dalam perbicaraan didapati tak bersalah. Sapa cakap Mahathir tu “telus” dalam PH? Bohong saja.

Comments are closed.