TERKINI : Baru Sejam Masuk Pejabat “Enam Panggilan dari Menteri-Menteri Luar Negara” – Hishammuddin

Selepas berazam untuk mengukuhkan hubungan dua hala dengan negara-negara luar, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau dijadualkan akan menerima enam panggilan daripada menteri luar masing-masing.

Katanya beliau mendapat respon baik daripada negara-negara luar yang tidak sabar untuk bekerjasama dengan beliau di peringkat antarabangsa.

“Malam semalam sahaja saya dimaklumkan permintaan beberapa menteri luar untuk berkomunikasi dengan saya hari ini sudah enam.

“Ini termasuk menteri luar China Wang Yi, Emiriah Arab Bersatu, Syeikh Abdullah Zayed, Menteri Luar Singapura, Indonesia dan Thailand.