TERKINI : Ini Jaminan Saya!!! 18 Ahli Parlimen Pas Akan Isytihar Harta – Tuan Ibrahim

Parti Islam SeMalaysia (Pas) memberi jaminan bahawa kesemua 18 ahli Parlimen parti itu akan mengisytiharkan harta kepada Dewan Rakyat dalam masa terdekat.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu sudah dipersetujui sebagaimana yang diminta oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Bagi kita, kita setuju bawa (isytihar harta) sebab sekarang kita kerajaan, kita akan isytihar (harta).

“Ini jaminan saya bahawa seluruh 18 ahli Parlimen Pas akan isytihar harta,” katanya pada sidang media di pejabat kementeriannya di sini, hari ini.