UEFA pertimbang untuk gantung Liga Europa dan Euro 2020 ekoran pandemik Covid-19 yang mengegarkan benua Eropah

MADRID – Segala perlawanan bola sepak La Liga Sepanyol telah digantung tiga minggu selepas skuad Real Madrid dikuarantin disebabkan penularan penyakit Covis-19.

Tindakan itu menyusul selepas seorang pemain bola jaring Real Madrid yang telah berkongsi kemudahan latihan dengan kelab Los Blancos itu diuji positif Covid-19.

Real Madrid sepatutnya beraksi menentang Manchester City dalam pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah awal pagi Selasa depan.

Rentetan pengesanan virus itu, segala kemudahan latihan bola sepak di kompleks milik Real Madrid telah ditutup serta merta.

“Pengesyoran dibuat supaya mengkuarantin kedua-dua pasukan pertama bola sepak dan bola jaring.

“Tindakan itu menyusul ekoran kedua-dua pasukan telah berkongsi fasiliti sukan di Ciudad Real Madrid,” kata kenyataan rasmi Real.

La Liga menjelaskan ia akan menilai semua situasj semasa menjelang penyelesaian kuarantin serta segala kemungkinan lain yang berpotensi timbul lagi.

Rentetan penularan virus yang kini diisytiharkan sebagai pandemik, Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) kini mempertimbangkan untuk menghentikan kejohanan Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa termasuk Euro 2020 sebagai langkah awal selepas Serie A Itali dan La Liga dihentikan.

Namun Acara sukan di Britain berjalan normal dan rentetan itu UEFA akan bermesyuarat dengan 55 Persekutuan bola sepak di benua Eropah untuk membincangkan mengenai kesan Covid-19 di kejohanan domestik dan antarabangsa termasuk Euro 2020,.

Mesyuarat itu akan dikendalikan menerusi Sidang Video pada Selasa 17 Mac ini dan akan melibatkan Lembaga Pengarah Pesatuan Kelab Europa, Liga-Liga Eropah dan wakil FIFPro dan kesatuan pemain bola sepak.

Tindakan lanjut akan menyusul selepas mesyuarat melibatkan 55 badan bola sepak Europa itu.-MalaysiaGazette