Rugani

ROM – Juventus mengesahkan bintang pertahanannya Daniele Rugani disahkan positif Covid-19).

Kelab Serie A itu mengumumkan pihaknya akan mengambil langkah sewajarnya untuk melaksanakan proses kuarantin pemain tersebut.

Mana-mana individu yang mempunyai kontak rapat dengan pemain berusia 25 tahun itu juga diperiksa dan menjalani ujian pengimbasan.

Rugani adalah pemain pertama di Serie A disahkan virus Covid-19.

Rentetan keadaan itu, Inter Milan juga telah menggantung segala aktiviti sukan sehingga notis lanjut.

Kesan berita itu masih belum jelas tetapi Inter juga kini menjalani kuarantin.

Dalam pada itu, Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dilaporkan akan menangguhkan perlawanan Juventus melibatkan Lyon di Turin.

Penyerang sensasi Juventus Cristiano Ronaldo kini bersama keluarga di Madeira serta mengelak daripada menyertai latihan untuk menjauhkan diri daripada jangkitan Covid-19.-MalaysiaGazette