TERKINI : Khutbah Solat Jumaat Dipendekkan – Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyarankan khutbah solat Jumaat dipendekkan ketika negara sedang berdepan dengan wabak Covid-19.

Beliau berkata, saranan itu antara lima kertas kerja yang akan dikemukakan kepada Majlis Fatwa untuk dibincang dan mendapatkan solusi mengenai keadaan yang berlaku ketika ini.

Katanya, dalam kertas kerja itu juga, beliau menyarankan agar wuduk diambil di rumah dan pihak masjid akan diminta menyediakan cecair pembasmi kuman.

“Berkenaan solat Jumaat ini, kami ada beberapa saranan terutama dalam situasi sekarang, iaitu kalau boleh khutbah dipendekkan, terus kepada mesej yang hendak disampaikan saja.