TERKINI : 11 Warga Malaysia Positif Covid-19 di Luar Negara – Hishammuddin

Kementerian Luar hari ini mengesahkan terdapat 11 rakyat Malaysia yang didapati positif dengan Covid-19. Perkara itu disahkan menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu sidang media di pejabatnya, hari ini.

“Setakat ini, Wisma Putra telah mengenal pasti seramai 11 orang rakyat Malaysia di luar negara yang dijangkiti COVID-19.

“Jumlah yang dijangkiti ini melibatkan seramai 9  orang rakyat Malaysia di Singapura (2 telah dibenar keluar, 7 lagi masih dirawat di Singapura) dan 2 orang rakyat Malaysia di Jepun (kedua-dua telah pulang ke Malaysia),” katanya dalam sidang media berkenaan.