Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – sebanyak 41 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan untuk tempoh 24 jam, sehingga pukul 12 tengah hari tadi.

Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata,  kesemua kes baharu yang telah disahkan ini adalah daripada kalangan patient under investigation (PUI) dengan 37 kes dan kontak rapat kes Covid-19 sebanyak 4 kes.

“Dengan pertambahan 41 kes baharu ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 238 kes,” katanya dalam kenyataan

Sehingga kini, katanya, seramai 203 kes masih dirawat di wad dengan lima daripadanya sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

Kes-kes ini juga telah diberikan rawatan anti-viral.

Menurut Noor Hashim, sehingga 14 Mac 2020, sebanyak 1,321 sampel dari pesakit influenza-like-illness (ILI) dan severe acute respiratory infection (SARI) telah diuji di nstitut Penyelidikan Perubatan (IMR), semua makmal kesihatan awam dan hospital.

Setakat ini, tambah beliau, tiga sampel positif jangkitan Covid-19 dan kesemua kes positif itu berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh.