WASHINGTON – Pejabat media Associated Press (AP) ditutup sementara mulai hari ini selepas seorang wartawan berhubung dengan seorang pesakit positif Covid-19, mula menunjukkan simptom.

Wartawan itu merupakan salah seorang daripada beratus-ratus pengamal media yang hadir pada Konvensyen Wartawan di New Orlean.

Salah seorang wartawan yang hadir dalam acara itu kemudian disahkan positif koronavirus.

Rakan kepada wartawan itu yang merupakan kakitangan AP di sini turut menunjukkan simpton diserang koronavirus.

Kakitangan AP dikehendaki bekerja dari rumah masing-masing sehingga Selasa depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast