Aksi penting kelab Raja Casablanca dalam Piala Kejuaraan Arab digantung serta merta di Maghribi

RABAT – Persekutuan Bola Sepak Maghribi (TRMF) hari ini mengumumkan penggantungan segala aktiviti bola sepak di negara itu sehingga arahan lanjut dikeluarkan.

Tindakan segera itu dikuatkuasakan serta merta berikutan pandemik koronavirus (Covid-19) yang kini makin meruncingkan.

Penggantungan itu akan menjejaskan segala perlawanan bola sepak di dalam Liga Maghribi bagi semua kategori.

Perkembangan terbaharu 17 kes terbaharu dan satu kematian Covid-19 memaksa persekutuan bola sepak negara itu tampil dengan tindakan drastik sedemikian demi keselamatan pemain dan kakitangan.

“Persekutuan Bola Sepak Diraja Maghribi mengumumkan mengenai penggantungan semua perlawanan bola sepak di semua kategori liga menerusi kenyataan media terbaharu sehingga notis lanjut dikeluarkan,” kata dalam laman rasmi media sosial pada Sabtu.

Kenyataan itu menyusul selepas Menteri Belia dan Sukan Maghribi mengeluarkan kenyataan rasmi menggantung semua jenis aktiviti sukan di negara tersebut.

Sehubungan itu, aksi kelab Raja Casablanca ke atas pasukan Mesir Ismaily dalam Piala Kejuaraan Arab pada Ahad ini ditunda.

Pada Jumaat, Konfederasi Bola Sepak Afrika dalam satu kenyataan mengumumkan mengenai penangguhan pusingan ketiga dan keempat aksi kelayakan Piala Kebangsaan Afrika yang dijadualkan berlangsung antara 25 hingga 31 Mac ini.- MalaysiaGazette