China menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk mengesan pesakit Covid-19. foto Agensi

TASHKENT – Seorang warga negara Uzbekistan telah diuji positif untuk Covid-19 hari ini.

Itu kes pertama yang telah disahkan kerajaan itu melibatkan rakyatnya, lapor Reuters.

Individu itu disahkan positif menerusi ujian saringan setelah pulang dari Perancis.

Kementerian Kesihatan Uzbekistan berkata, ia adalah kes pertama yang dilaporkan di negara mereka yang berpopulasi 34 juta penduduk.

Kementerian juga melaporkan bahawa segala langkah drastik telah disegerakan ke atas pesakit positif Covid-19 untuk mengelak penyakit itu merebak kepada lain.

Syarikat Penerbangan Uzbekistan juga menyatakan ia telah menggantung semua penerbangan ke beberapa bandaraya di Eropah Barat, Asia dan Timur Tengah sehingga akhir April ini.-MalaysiaGazette