Lima pemain dan kakitangan Valencia positif covid-19

MADRID – Lima pemain dan kakitangan Kelab Bola Sepak Valencia sihat selepas diuji positif koronavirus (Covid-19).

Kata kelab La Liga Sepanyol itu, penyerang Valencia dan Argentina Ezequiel Garay merupakan pemain pertama La Liga dikesan positif Covid-19 pada pagi Ahad.

Kemudian di sebelah petang Ahad, seorang lagi pemain pertahanan Valencia Eliaquim Mangala mengakui dia positif Covid-19 dan isolasikan dirinya.

Sepanyol merupakan negara kedua Eropah yang dilanda pandemik selepas Itali dan dijangka mengisytiharkan darurat pada Isnin.

La Liga pula digantung pada Khamis lalu selepas pasukan Real Madrid dikuarantinkan selepas salah seorang pemain pasukan bola jaring Real Madrid disahkan positif pandemik itu minggu lalu.

“Saya sedih apabila memulakan 2020 dengan kurang bernasib baik, saya sihat dan perlu patuh arahan pihak berkuasa kesihatan dan mengkuarantinkan diri,” kata Garay dalam Instagram peribadinya.-MalaysiaGazette