Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Sambutan Hari Polis ke-213 pada 25 Mac ini ditunda ke satu tarikh baharu, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Ketika dihubungi Bernama hari ini, beliau berkata pembatalan berkenaan dibuat berikutan penularan wabak COVID-19 dengan tarikh baharu akan ditetapkan kemudian.

Hari Polis ke-213 itu akan disambut secara serentak di seluruh negara pada tarikh baharu dengan mengekalkan tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin mengumumkan keputusan kerajaan agar semua perhimpunan termasuk mesyuarat antarabangsa, acara sukan, sosial dan keagamaan ditangguhkan atau dibatalkan mengikut kesesuaian sehingga 30 April ini ekoran risiko jangkitan COVID-19.

— BERNAMA