KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor mengesahkan empat mangsa rentung dalam insiden kebakaran di Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Pengerang, Kota Tinggi, Johor.
JBPM dalam kenyataannya memberitahu, seorang lagi masih hilang dalam kebakaran melibatkan Diesel Hydro Treater unit di Pengerang, malam tadi. 
Identiti mangsa yang dipercayai rentung dan hilang adalah Fadhi Akmal Fadzil, Azarul Ashraf Nor Akmal, Norfazly Md Nor, Che Huzaidy Che Harun dan Hadi Syafiq Jamil.
Seorang lagi mangsa dilaporkan melecur sebanyak 70 peratus manakala seorang lagi mangsa berjaya keluar dari tempat kejadian menjadikan keseluruhan mangsa seramai tujuh orang setakat ini.
Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette