Pos Malaysia

KUALA LUMPUR – Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) melancarkan kempen “Ready Untuk Raya” mulai 16 Mac sehingga 15 Mei 2020.

Kempen ini memberi peluang kepada para pelanggan Pos Malaysia, terutamanya para peniaga atas talian dan para pelanggan jumpa terus  untuk menikmati tawaran yang hebat dalam persediaan untuk musim perayaan ini.

Sepanjang kempen ini, pelanggan boleh menikmati diskaun sebanyak 20% (dari harga asal) untuk penghantaran Pos Laju ke mana-mana sahaja di Malaysia, serta penghantaran antarabangsa menerusi perkhidmatan Express Mail Service (EMS) dan Air Parcel untuk semua berat kiriman ke seluruh dunia.

Promosi ini juga merangkumi produk Pos Laju yang popular iaitu sampul dan kotak Prabayar Pos Laju, dan sampul Flexiprepaid.

Diskaun 20% ini boleh didapati di semua touchpoints Pos Malaysia dan Ejen Pos Laju manakala bagi produk prabayar, melalui atas talian di Eziemall (eziemall.com) dan Pos Official Store di Shopee (shoppe.com.my/posofficialstore).

Ketua Pemasaran Kumpulan Pos Malaysia, Schrene Goh berkata, Promosi “Ready Untuk Raya” ini menawarkan tawaran yang hebat kepada para pelanggan kami, kempen pertama Pos Malaysia menggabungkan produk domestik dan antarabangsa, yang memberi manfaat kepada peniaga atas talian dan mereka yang merancang penghantaran sempena perayaan kepada pelanggan, rakan-rakan serta keluarga, yang dekat maupun jauh.

Bagi memeriahkan persediaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Pos Malaysia juga akan memberi hadiah wang tunai sebanyak RM 80,000 melalui peraduan “Menang Duit Raya”.

Para pelanggan yang melakukan transaksi untuk perkhidmatan yang terpilih seperti Zakat, ASNB, pembaharuan insurans kenderaan dan cukai jalan atau penghantaran wang antarabangsa melalui Western Union di mana-mana 681 pejabat pos di seluruh negara (kecuali Pos-on-Wheels) semasa tempoh kempen layak untuk menyertai peraduan ini.

Hadiah wang tunai bernilai RM1,000 menanti 5 pemenang bertuah, manakala 10 orang pemenang bertuah akan dipilih untuk menerima RM 500 setiap minggu sepanjang tempoh 8 minggu.

Untuk menyertai peraduan ini, pelanggan Pos Malaysia hanya perlu membelanjakan RM 100 ke atas untuk perkhidmatan yang terpilih dan jawab soalan yang ringkas.

Para pelanggan hanya perlu menghantar jawapan mereka serta butiran peribadi melalui SMS ke 62033.

Pos Malaysia berkata, peraduan ini terbuka kepada semua warga negara Malaysia dan bukan warga negara berumur 18 tahun ke atas. – MalaysiaGazette