Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette A. Samad hadir ke mahkamah atas pertuduhan rasuah di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 16 MAC 2O2O.

KUALA LUMPUR – Pandemik Covid-19 yang semakin meruncing sekarang tidak akan menyebabkan mana-mana kes yang sedang berjalan di Mahkamah Kuala Lumpur terhenti melainkan ada arahan perintah berkurung secara rasmi.

Itu kata Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob berkata demikian ketika persoalan itu ketika disoal oleh peguambela Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datuk K Kumaraendran hari ini.

Kata Rozina, ketika ini pihaknya telah menerima arahan daripada Ketua Hakim Negara menerusi Pejabat Ketua Pendaftar berhubung perjalanan kes di mahkamah.

“Semuanya berjalan seperti biasa terutamanya kes-kes yang telah ditetapkan untuk perbicaraan hendaklah diteruskan seperti ketetapan selagi tidak ada apa-apa arahan lockdown.

“Bagi kes-kes sebutan, tarikh akan diberikan selepas bulan April, akan ada arahan daripada pihak mahkamah,” katanya hari ini ketika perbicaraan kes rasuah dihadapi Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan dan isterinya yang juga pelakon, Zizie Ezette A. Samad.

Hari ini agak kecoh dalam laman-laman sosial kononnya sudah ada arahan berkurung namun dinafikan pihak berkuasa.- MalaysiaGazette