Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menyantuni warga kerja KKM di CPRC, Putrajaya hari ini. Foto: KKM

KUALA LUMPUR- Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan untuk berangkat ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) di Kementerian Kesihatan Malaysia di Putrajaya.

Menurut KKM, Baginda Tuanku berdua telah diberi taklimat berhubung operasi pemantauan, pengumpulan dan perkongsian maklumat berkenaan Covid-19.

Taklimat diberikan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba.

Setakat semalam, Malaysia merekodkan sejumlah 673 kes positif Covid-19 yang mana 438 daripadanya adalah daripada kluster tabligh.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast