Rom lengang daripada orang ramai ekoran peningkatan kes kematian Covid-19. foto Agensi

ROM – Itali mengarahkan 10,000 penuntut kedoktoran berkhidmat dalam perkhidmatan bagi membantu perkhidmatan kesihatan selepas negara ini merekodkan 345 lagi kes kematian akibat koronavirus.

Jumlah kematian meningkat kepada 2,503 dalam tempoh 24 jam lalu, kata Agensi Perlindungan Awam, manakala jumlah kes yang disahkan meningkat kepada 31,506 daripada 27,980 sebelumnya – jumlah terbesar di luar China.

“Lombardy dalam keadaan kritikal. Semua katil penjagaan rapi dan pernafasan sedang digunakan, “kata Matteo Salvini, Ketua Parti Liga yang mengawal wilayah kaya.

Kawasan lain yang berpotensi dalam keadaan bahaya ialah Milan dengan menyaksikan peningkatan kes sebanyak 343 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 2,326 kes.

Ia menyaksikan peningkatann sebanyak 17% berbanding 11% di Lombardy secara keseluruhan.

Menteri Universiti, Gaetano Manfredi berkata, kerajaan akan membenarkan bakal graduan perubatan tahun ini mula bekerja lapan atau sembilan bulan lebih awal daripada jadual dan mengetepikan peperiksaan mandatori yang biasanya diduduki sebelum diiktiraf sebagai doktor.

“Ini bermakna seramai 10,000 orang doktor diberi pelepasan untuk menyertai Sistem Kesihatan Kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, langkah itu penting dalam usaha kerajaan menangani penularan wabak koronavirus. – MalaysiaGazette