Gareth Bale

LONDON – Pengurus, Real Madrid Zinedine Zidane kini telah bersedia melepaskan pemain sayap, Gareth Bale pada musim panas ini.

DailyMail melaporkan, kelab itu enggan lagi menyimpan lebih peman antarabangsa Wales walaupun masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun.

Bale memberi impak ke atas posisi yang ditinggal Cristiano Ronaldo sejak tahun 2018 malah dia hampir berpindah ke China tahun lalu.

Dia juga gagal merakam sebarang gol liga sejak September lalu dan hanya beraksi untuk tiga perlawanan tahun ini.

Bagi Zidane, dia sudah memberi peluang untuk pemain itu, namun gagal digunakan sebaik mungkin oleh Bale.

Madrid juga dilaporkan tidak sanggup lagi untuk menyimpan Bale berikutan gajinya yang agak tinggi £15.4 juta.

Sementara itu, ejen pemain itu, Jonathan Barnett menjelaskan pemain itu menjalani kehidupan gembira di Sepanyol dan tidak mahu berhijrah lagi, – MalaysiaGazette