Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberikan kelulusan beroperasi bersyarat kepada industri pembuatan terutamanya yang terlibat dalam pengeluaran produk-produk yang ditakrifkan sebagai kritikal.

Ini termasuk syarikat-syarikat yang mengeluarkan produk makanan, farmaseutikal, keperluan harian dan penjagaan diri.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam satu kenyataan berkata, antara syarat yang dikenakan adalah operasi pekerja mestilah di tahap minimum dan penggiliran pekerja mesti dilaksanakan.

Industri juga perlu bertanggung jawab untuk memastikan langkah-langkah saringan dan pencegahan wabak Covid-19 wajib dilaksanakan di peringkat syarikat demi keselamatan pekerja dan pelanggan.

Kata agensi itu, syarikat yang diluluskan untuk beroperasi wajib mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:-

1. Syarikat hendaklah mengurangkan bilangan pekerja kepada tahap paling minima atau sekurang-kurangnya sebanyak 50% daripada jumlah semasa atau yang berdaftar, bagi pengeluaran di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Syarikat hendaklah mewujudkan sistem bekerja dari rumah bagi pekerja yang tidak terlibat dengan aktiviti pengilangan yang kritikal.

2. Syarikat dikehendaki untuk memenuhi permintaan dan keperluan produk keluaran atau perkhidmatan bagi pasaran tempatan sepenuhnya.

3. Syarikat hendaklah mengemukakan kepada MITI senarai pekerja yang terlibat semasa tempoh PKP dan memastikan pergerakan pekerja terbabit hanya terhad dari rumah ke kilang/premis.

4. Syarikat hendaklah menyediakan alat saringan suhu badan, dan mengambil bacaan suhu badan pekerja pada setiap hari di pintu masuk kilang/premis. Bacaan bagi setiap pekerja hendaklah direkod dan disimpan untuk rujukan.

Sekiranya suhu badan didapati melebihi paras biasa, syarikat hendaklah menghubungi Pejabat Kesihatan atau Hospital Kerajaan

6. Semua pekerja hendaklah mematuhi prosedur pencegahan COVID-19 yang telah ditetapkan oleh KKM yang dikeluarkan dari masa ke semasa

7. Syarikat hendaklah menyediakan hand sanitizer di pintu masuk dan tempat-tempat lain yang berkaitan dalam kilang/premis, serta memastikan pemakaian face mask oleh setiap

8. Syarikat hendaklah menjalankan proses sanitasi pembasmian kuman di kilang/premis sebelum setiap shift atau operasi

9. Proses sanitasi dan pembersihan perlu dilaksanakan tiga (3) kali sehari terutamanya di kawasan umum (common spaces) seperti lobi, lif, cafeteria, bilik-bilik mesyuarat, surau, bas/pengangkutan pekerja dan pusat rekreasi

10. Syarikat hendaklah memastikan kenderaan pekerja telah menjalani proses sanitasi dan pembasmian kuman setiap kali sebelum digunakan.

11. Syarikat hendaklah memastikan garis panduan amalan terbaik social distancing disediakan dan dilaksanakan khususnya di kawasan-kawasan pengeluaran fasiliti (production floor); cafeteria/kantin; bilik-bilik mesyuarat; surau dan dewan serba guna (multipurpose hall).

12. Sekiranya terdapat pekerja yang dijangkiti COVID-19, syarikat adalah bertanggungjawab menanggung sepenuhnya semua kos perubatan, proses nyah cemar premis, dan lain-lain kos yang berkaitan

13. Kerajaan ingin menegaskan bahawa kelulusan ini boleh dibatalkan dan ditarik balik, sekiranya syarat-syarat yang ditetapkan tidak dipatuhi oleh pihak syarikat/industri.

14. Kerajaan berhak untuk meminda syarat-syarat di atas tertakluk kepada situasi.

— MalaysiaGazette