TERKINI : Rasa Janggal “Dah Macam Bulan Puasa” – Luahan Rakyat

Meskipun keadaan terkini yang banyak berubah apabila bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan namun, diharap seluruh rakyat Malaysia umumnya akan dapat membiasakan diri khususnya mengurangkan aktiviti di luar.

Demikian pendapat Amir Zulkifli, 30 menerusi tinjauan MalaysiaGazette yang mendedahkan larangan makan di kedai merupakan suatu yang pelik baginya.

Namun beliau berkata tindakan ini merupakan ketetapan kerajaan demi kesihatan susulan penularan wabak Covid-19.