Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

KUALA LUMPUR – Wisma Putra sedang meneliti pelbagai usaha untuk membantu rakyat Malaysia yang menghadapi masalah untuk mendapatkan penerbangan pulang dari India susulan keputusan kerajaan negara itu melaksanakan beberapa langkah berkaitan Covid-19.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya telah berhubung dengan Perwakilan Malaysia di India dan pasukan petugas Covid-19 Wisma Putra juga sedang meneliti usaha yang boleh membantu untuk mencari penyelesaian bagi mereka yang ingin pulang ke tanah air.

“Kepimpinan tertinggi Malaysian Indian Congress (MIC) juga telah menghubungi saya dan berikrar untuk bantu secara langsung – insyaAllah ada jalan penyelesaian,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Hishammuddin, beliau mengambil insiden tersebut, bagaimanapun katanya, satu video yang tular dmenunjukkan seorang pegawai daripada pihak berkuasa India mengatakan ini keputusan Kerajaan Malaysia adalah tidak benar.

Mengulas lanjut, katanya, di bawah #PerintahKawalanPergerakan, sememangnya rakyat Malaysia dibenar pulang ke tanah air.

“Mereka hanya dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (self quarantine) selama 14 hari selepas pulang,” katanya.

Beliau juga berharap mereka yang terkandas dapat bertenang  bertenang.

“Walaupun, ini di luar bidang kuasa kita kerana perlu bergantung kepada budi bicara Kerajaan luar untuk memberi kebenaran kepada rakyat kita pulang, Wisma Putra akan bantu yang terdaya,” katanya.

Kepada rakyat di sana, sila hubungi nombor/emel di bawah :-

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi
No telefon : +91 11 2415 9300
Email : [email protected]

Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai
No telefon : (91 44)2433 4434/35/36
Email : [email protected]

Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai
No telefon : 00 9122 2645 5751/52/55
Email : [email protected]

— MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.