Tenis dilanjutkan lagi penggantungan sehingga 7 Jun

ROM – Penggantungan semua acara jelajah tenis profesional di beberapa benua akibat pandemik Covid-19 dilanjutkan hingga 7 Jun ini.

Sebelum ini, acara Tenis Jelajah ATP dan WTA telah dihentikan hingga 27 April dan 2 Mei.

Malah segala penilaian kedudukan ranking dunia untuk pemain tenis juga dibekukan buat sementara waktu.

Cabaran Covid-19 menyebabkan semua pihak dalam sektor tenis bekerjasama untuk menangani bersama-sama.

Lagipun keputusan lanjutan itu juga bergantung kepada perkembangan pandemik tersebut dan impaknya selepas semua pihak berkepentingan duduk berbincang bertukar pendapat sebelum tampil dengan keputusan sedemikian demi keselamatan pemain, kakitangan dan pemain industri tenis.-MalaysiaGazette