Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang media hari pertama beliau selepas menyandang jawatan sebagai Menteri Luar Negeri di Kementerian Luar Negeri, Wisma Putra, Putrajaya. foto AFIQ RAZALI, 11 MAC 2020.

KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein lega selepas pihak berkuasa Indonesia bertindak membatalkan  perhimpunan jemaah tabligh di Sulawesi, Indonesia.

Beliau melahirkan rasa lega selepas pihak berkuasa Indonesia bertindak membatalkan program itu.

“Ramai mesej saya tentang perhimpunan tabligh di Indonesia semalam kerana risau ia merebakkan #COVID19, khususnya kepada rakyat Malaysia yang hadir. Lega, pihak berkuasa & penganjur telah putuskan untuk tangguhkan perhimpunan di Gowa tersebut,” katanya di Twitter.

Awal hari ini, pihak berkuasa dan penganjur perhimpunan jemaah tabligh di kawasan itu bertindak menangguhkan acara yang dijadual berlangsung di Gowa berhampiran bandar Makassar selepas acara sama di Malaysia mencetuskan ratusan kes jangkitan koronavirus.

Ia dilakukan susulan kebimbangan penularan jangkitan Covid-19.

Pemerintah Gowa, Adnan Purichta Ichsan Yasin Limpo menjelaskan Perhimpunan Tabligh Sulawesi ditunda dan ribuan peserta dikuarantin sebelum dibenarkan pulang ke kediaman atau negara masing-masing.

Dalam pada itu, Hishammuddin menggesa semua rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air dari luar negara wajib menjalani pemeriksaan kesihatan

“Harus melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari; selaras dengan #PerintahKawalanPergerakan negara,” katanya lagi.

Difahamkan sejumlah 83 rakyat Malaysia dilapor berada di Sulawesi untuk menyertai acara itu, yang turut dihadiri jemaah tabligh dari 48 negara lain. -MalaysiaGazette

Rakyat Malaysia dipercayai sertai perhimpunan tabligh di Sulawesi

1 Komen

  1. (CNN) President Donald Trump was pressed for the second straight day on why he is calling the coronavirus the “Chinese virus”.

    Ia benar2 amat menyusahkan masyarakat global!

Comments are closed.