Anggota polis kelihatan memberikan nasihat kepada orang ramai yang berkumpul supaya bersurai susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada Ops Covid-19 yang memasuki hari kedua di sekitar bandaraya Klang, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 19 MAC 2020

KLANG – Walaupun sudah masuk hari kedua pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan namun masih ada segelintir orang ramai yang ingkar arahan tersebut malah berkumpul di tempat awam tanpa tujuan yang penting.

Menerusi Ops Covid-19 yang dijalankan oleh anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sekitar bandar Klang hari ini didapati masih terdapat orang awam berada di kawasan terbuka sambil bermain dam haji.

Ketika dihampiri anggota polis yang menjalankan operasi, keempat-empat lelaki yang dianggarkan berusia lingkungan 50 hingga 60-an itu dilihat tidak berganjak dari sebuah meja yang menempatkan papan dam haji.

Difahamkan, ada di antara mereka merupakan pemandu teksi yang sedang menunggu pelanggan selain seorang peniaga yang terpaksa menutup perniagaannya ekoran penularan wabak Covid-19.

Pegawai dan anggota polis yang melakukan rondaan ketika itu kemudiannya memberikan penerangan ringkas berkenaan wabak Covid-19 dan kepentingan untuk tidak berada di kawasan terbuka sebelum meminta mereka untuk pulang ke rumah.

Terdahulu, seramai 104 pegawai dan anggota terlibat dalam operasi yang bermula kira-kira pukul 12 tengah hari itu meliputi seluruh negeri Selangor.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat meminta orang ramai supaya akur terhadap Perintah Kawalan Pergerakan dan tidak melepak di kawasan terbuka tanpa sebarang tujuan yang penting.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Datuk Fadzil Ahmat bercakap kepada media pada Ops Covid-19 yang memasuki hari kedua susulan Perintah Kawalan Pergerakan di sekitar Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 19 MAC 2020.

“Kita perlukan liputan dari pihak media kerana mahu rakyat tahu bahawa perkara ini merupakan sesuatu yang serius dan ia perlu dilaksanakan oleh semua peringkat masyarakat.

“Anggota yang menjalankan operasi akan lebih menumpukan lokasi yang ramai orang kerana matlamat kita mahu mereka berada di kediaman masing-masing,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di IPK Selangor hari ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. SATU SATUNYE TEMPAT YANG PALING RAMAI DAN BERISIKO UNTUK DIJANGKITI ADALAH ( PAM DI STESTEN MINYAK) ramai yang terlepas pandang, bayangkan berapa ratus orng sehari yang memegang PAM MINYAK tersebut setiap hari….. Kepada ahli2 group sila copy pada siapa saja.. berhati2 kalau pergi isi minyak di mana2..kalau boleh gunalah *hand sinitizer* sebelum mahupun selepas isi minyak..karana kita tidak tahu berapa penguna atau siapa penguna station minyak tu..lepas isi minyak cucilah tangan anda..

    Oleh itu guna SETEL dan pam minyak dengan penuh bergaya. Aktifkan pam petrol dari dalam kereta anda, tak perlu bersesak dikaunter utk membayar harga minyak, tak perlu guna cash,  jejak perbelanjaan, lihat harga petrol semasa, terima penyata petrol bulanan, tebus dan nikmati mata ganjaran Mesra anda.
    SETEL  dan nikmati RM5 selepas pengisian petrol RM30 pertama anda!!!
    Layari: https://www.setel.my/ref/fumyf

Comments are closed.