TERKINI : Kami Terima Alasan, Baru Lepas Diceraikan Suami – Ops Covid-19

“Selain hantar makanan, setakat ini, ada yang kata tadi baru lepas diceraikan suami (jadi) terpaksa balik kampung, kami tak dapat elakkan terpaksa menerimanya.”

Itu cerita Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail ketika ditanya apa alasan yang diberikan oleh orang ramai kepada polis ketika ditahan dan ditanya kenapa mereka perlu keluar dari rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan sehingga 31 Mac ini.

“Ada ramai keluar naik kereta, ada beri nasihat pergi kedai beli makanan tak boleh tinggalkan anak isteri di rumah.

Saya tahu, tapi kita beri nasihat juga kepada dia,” katanya kepada pemberita di lokasi sekatan jalan Ops Covid-19 di hadapan Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan hari ini.

Rajab mengakui pihak polis menerima banyak halangan dalam menguatkuasakan perintah larangan yang dikenakan kerajaan sehingga 31 Mac ini.