The Wedding Heritage membuka cawnagan baharu di Taman Seri Rampai, Kuala Lumpur yang dinamakan sebagai TWH Lounge.

KUALA LUMPUR – A&A Wealth Sdn. Bhd. (A&A Wealth) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai perunding perkahwinan menerusi jenama The Wedding Heritage (TWH) apabila membuka cawangan baharu milik syarikat itu pada bulan lalu.

Cawangan ketujuh yang terletak di Jalan Seri Rejang 5, Taman Seri Rampai di sini ia dinamakan sebagai TWH Lounge yang lebih berkonsepkan santai dan alam semula jadi.

Pengarah A&A Wealth, Muhammad Azim Ishuddin berkata, premis empat tingkat dengan nilai pelaburan RM50,000 itu dikhususkan kepada pelanggannya yang memiliki bajet berkurangan untuk menganjurkan majlis bersejarah mereka.

“Kita tidak boleh menafikan kos untuk berkahwin adalah satu kekangan utama buat pasangan mempelai yang baru bekerja dan menamatkan pengajian tetapi mahu menganjurkan satu majlis ‘mewah’ seiring dengan trend sekarang sebagai hari sejarah buat mereka.

“Disebabkan itu, kami penuhi permintaan untuk kumpulan pelanggan muda ini dengan membuka TWH Lounge dengan menawarkan pakej penuh pada harga mampu milik,” jelasnya.

Pengarah A&A Wealth, Muhammad Azim Ishuddin dan Idayu Idris.

Beliau mengusahakan TWH bersama isterinya, Idayu Ideris merangkumi bidang katering dan juga penyedia perkhidmatan sebagai perancang perkahwinan.

Selaian TWH Lounge, syarikat Bumiputera itu turut memiliki enam lokasi untuk penganjuran majlis khususnya perkahwinan di sekitar Lembah Klang iaitu TWH Glasshall, Cheras; TWH Bayswater di KLCC; TWH Ampang Glasshouse, TWH Dream (rumah banglo), TWH Black Pearl dan TWH Mini Glasshall di Mahkota Cheras.

Lokasi tersebut menawarkan pelbagai pakej perkahwinan yang berbeza bergantung kepada bajet pelanggan, sebagai contoh pakej bufet untuk 100 tetamu ialah sebanyak RM15,000 dan bufet untuk 1,000 tetamu pula bernilai antara RM38,000, RM48,000 atau RM52,000.

Muhammad Azim menambah, TWH mampu merealisasikan impian bakal pasangan pengantin untuk meraikan majlis menjadi Raja Sehari hanya menawarkan bajet serendah RM5,000.

“Bagi bakal mempelai yang ingin memilih tema alam semula kjadi, TWH Lounge adalah lokasi yang tepat.

“Selain suasana yang mendamaikan, tetamu yang berkunjung ke sini dapat merehatkan minda serta bersantai menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan untuk mengeratkan silaturahim.

“Pada masa sama, lokasi ini bersesuaian untuk pelbagai jenis majlis termasuk sesi makan malam korporat, majlis hari jadi, pelancaran produk, penggambaran, akikah, bertunang, seminar dan pelancaran produk

Mereka yang berminat untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai penganjuran majlis di TWH, boleh menghubungi di talian 016-679 0091 atau layari laman web, www.theweddingheritage.com. – MalaysiaGazette

TWH mampu merealisasikan impajn bakal pasangan pengantin untuk meraikan majlis menjadi Raja Sehari hanya menawarkan bajet serendah RM5,000.