LONDON – Persekutuan Bola Sepak Inggeris (FA) mengesahkan keputusan untuk melanjutkan tempoh penangguhan semua perlawanan bola sepak profesional di England sehingga 30 April ini.
Sebelum ini, Liga Perdana inggeris (EPL) ditangguhkan sehingga 4 April ini gara-gara wabak Covid-19.
Bagaimanapun dengan senario yang belum reda keputusan baharu FA akan membuatkan persaingan terus dihentikan sehingga penghujung bulan depan.
“FA, Liga Perdana Inggeris, EFL, bola sepak wanita, bersama-sama dengan PFA dan LMA, memahami bahawa kita semua berada dalam keadaan yang tidak menentu.
“Kami sentiasa bersama setiap orang yang terkena Covid-19,” kata kenyataan rasmi FA itu. – MalaysiaGazette
















