Giuseppe Conte. foto Agensi

ROM – Angka kematian akibat koronavirus di Itali melepasi kes di mana-mana negara selepas jumlahnya meningkat sebanyak 427 dalam tempoh sehari.

Jumlah kematian melonjak kepada 3,405, melebihi kes yang direkodkan di China.

China mencatatkan kes kematian sebanyak 3,245, walaupun kebenaran angka itu pernah dipersoalkan oleh pelbagai pihak.

Itali telah mengadakan sekatan perjalanan sejak 12 Mac lalu dan telah melanjutkan daripada tarikh akhir 25 Mac kepada akhir bulan ini.

Penduduk negara ini diperintahkan supaya berada di dalam rumah, namun angka kematian dan kes jangkitan masih meningkat.

Perdana Menteri, Giuseppe Conte berkata, perintah sekatan itu dilanjut untuk mengelakkan seluruh sistem runtuh.

Jumlah kes koronavirus di seluruh dunia kini mencecah 220,000 kes dengan 9,000 kematian. – MalaysiaGazette