Pesakit Covid-19 meinggal dunia di Hospital Tawau menjadikan tiga kematian setakat ini.

KUALA LUMPUR – Seorang lagi pesakit positif Covid-19 meninggal dunia menjadkan tiga kematian akibat virus itu setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, pesakit kes ke-152 itu merupakan warga tempatan berusia 58 tahun dari kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Mangsa meninggal dunia di Hospital Tawau jam 6.27 petang tadi.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima laporan satu kematian COVID-19 (kes ke-152) pada hari ini iaitu pada jam 6.27 petang, menjadikan jumlah keseluruhan kematian COVID-19 setakat ini tiga (3) kes,” katanya di laman Facebook.

Menurut Dr Noor Hisham, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 dengan mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection.

“Beliau telah diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama.

“Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 20 Mac 2020 pada jam 6.27 petang. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah. – MalaysiaGazette

 

2 Komen

  1. *إنا لله وإنا إليه راجعون*.
    *إن لله ما أخذ وله ما أعطى، وكل شيء عنده بأجل مُسمى، فلتصبروا ولتحتسبوا.*
    *أعظم الله أجركم وأحسن عزاءكم وغفر لميتكم*.
    *اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه*.

  2. Surely, Allah takes what is His, and what He gives is His, and to all things He has appointed a time. So have patience and be rewarded. May Allah magnify your reward, and make perfect your bereavement, and forgive your departed.

Comments are closed.