TERKINI : MENCEMASKAN!!! Warga Asing Dakwa Tak Tahu “Perintah Kawalan Pergerakan”

Tatkala negara sedang dilanda kebimbangan sehingga kerajaan terpaksa mengeluaran Perintah Kawalan Pergerakan bagi memastikan setiap rakyat Malaysia duduk di rumah bagi membendung wabak pandemik Covid-19 ketika ini.

Lain pula fenomenanya di kawasan sekitar pasar borong Selayang yang rata-ratanya dihuni oleh warga asing dan pendatang tanpa izin (PATI).

Ketika team MalaysiaGazette melakukan tinjauan sebentar tadi di pasar berkenaan, kami dikejutkan dengan keadaan di mana berpuluh-puluh berkumpul di sana sini langsung tidak peduli dengan keadaan sekeliling.

Lebih mengejutkan apabila melihat kumpulan warga asing ini bukan sahaja nampak bebas berjalan-jalan dalam gerombolan besar, malah juga duduk beramai-ramai di perkarangan kedai serta jalan raya.

Kedai-kedai makan juga dibuka dengan kebanyakan mereka boleh duduk santai makan tanpa mempedulikan arahan dikeluarkan. Ada juga yang begitu ‘selamba’ memancing ikan di kawasan tasik berdekatan.

4 Komen

  1. PTI pun manusia biasa macam kita juga harus diberi penerangan dengan bahasa yg mudah berhubung Perintah Kawalan Pergerakan mengikut bahasa mereka jika mereka kurang faham bahasa melayu mahu pun english.

  2. Bukan tidak tahu.. Saje nak mencabar pihak berkuasa… Terutama nya yang datang dari tempat punca nya wabak C19….. Harap pihak berkuasa ambil tindakan tegas.. Hantar pulang warga asing yg keras kepala terutama nya geng tmpat punca wabak

Comments are closed.