Jabatan Alam Sekitar

KUALA LUMPUR – Orang ramai dilarang melakukan pembakaran terbuka dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
disebabkan wabak Covid-19 kerana cuaca panas dan kering ketika ini.

Mereka yang disabitkan dengan kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 29(A) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan, menurut Jabatan Alam Sekitar.

”JAS akan terus membuat rondaan harian ke kawasan yang berisiko tinggi berlakunya insiden pencemaran walaupun negara sedang di dalam situasi kawalan pergerakan akibat dari wabak Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, stesen pengawasan kualiti udara adalah beroperasi biasa dan data Indeks Pencemar Udara (IPU) boleh didapati di laman sesawang http://apims.doe.gov.my/v2/ atau dengan memuat turun aplikasi telefon
pintar rasmi MyIPU di Android ‘Google Play’ dan Apple ‘App store’.

Orang ramai juga diminta bekerjasama untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil dan juga melaporkan kes-kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol, 1-800-88-2727. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast