Tedros Adhanom Ghebreyesus. foto Agensi

NEW YORK – Orang muda tidak kebal daripada koronavirus, justeru mereka harus mengelak daripada bersosial dan berkomunikasi kepada orang yang lebih tua dan lebih terdedah, nasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Langkah yang dibuat oleh golongan muda adalah pilihan ” antara kehidupan atau kematian untuk orang lain”, kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Lebih 11,000 pesakit telah mati akibat penyakit pernafasan Covid-19 di seluruh dunia.

Hampir 250,000 pesakit telah diuji secara positif.

Tedros berkata demikian susulan sikap golongan muda di kebanyakan negara yang tidak mengambil peduli tentang amaran kesihatan yang dikeluarkan kerana berpendapat virus ini lebih cenderung menjangkiti warga emas.

Wabak koronavirus pertama kali dicatatkan di China pada bulan Disember. Tetapi sekarang pusat pandemik adalah Eropah.

Di Itali -virus itu telah membunuh lebih ramai orang daripada di mana-mana negara lain – angka kematian meningkat sebanyak 627 pada hari Jumaat, mencecah sejumlah 4,032, menjadikannya ia sebagai hari paling dahsyat untuk satu negara sejak wabak itu bermula.

Bercakap di sidang media menerusi dalam talian dari ibu pejabat WHO di Geneva, Tedros berkata: “Walaupun orang tua paling mudah dijangkiti, orang muda tidak terkecuali.”

Beliau menambah: “Saya mempunyai mesej untuk golongan muda: Anda tidak terkecuali, virus ini boleh meletakkan anda di hospital selama beberapa minggu atau bahkan membunuh anda. Walaupun anda tidak sakit, pilihan yang anda buat tentang di mana anda pergi perbezaan antara kehidupan dan kematian untuk orang lain”.

Tedros menyambut baik perkembangan Wuhan, lokasi punca wabak yang tidak melaporkan sebarang kes baru pada hari Khamis. – MalaysiaGazette