Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lagi mangsa COVID-19 meninggal dunia, kali ni melibatkan kes ke-238 iaitu seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 50 tahun menjadikan empat kes kematian akibat virus tersebut setakat ini.

Allahyarham merupakan kluster jemaah tabligh dan dimasukkan ke Hospital Melaka pada 12 Mac lalu.
Mangsa diberikan bantuan mesin pernafasan pada hari kelima bagaimanapun kesihatannya merosot merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia hari ini (21 Mac 2020) jam 1.30pagi tadi.
Perkembangan terbaharu itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media di Putrajaya hari ini. – MalaysiaGazette